Sunday, February 17, 2013

PRE GE 13 series Chapter 7: The scene of repeated names (your dad my dad) - Part I

Introduction to the series

MERAP'S FINAL REPORT October 2012, section 1.2 "Voters with the same name and same/similar Date of Birth", disclosed high instances where voters with the same names, many of whom share the same birth dates.
Menurut babak 1.2  dalam laporan MERAP yang diterbitkan dalam Oktober 2012 yang bertajuk "Pengundi-pengundi yang memiliki nama serta tarikh lahir yang sama", terdapat ramai pengundi berdaftar di mana nombor kad pendaftaran mereka menunjukkan mereka memiliki nama bahkan ramai antara mereka memiliki  tarikh lahir yang sama.

Most of these voters are registered in the same state, which means that it is theoretically possible for these voters to vote in more than one constituencies if these ‘couples’ are actually the same voter in person. 
Kebanyakan daripada pengundi-pengundi ini berdaftar sebagai pengundi di negeri yang sama, dan ini bermakna sekiranya pengundi tersebut sebenarnya adalah orang yang sama, maka seorang pengundi tersebut boleh mengundi  lebih daripada sekali.

According to the electoral roll for GE 2008 , there were 369 "Fatimah binti Ismails" and 346 "Fatimah binti Abdullahs" in Terengganu.
Menurut senarai pengundi untuk Pilihanraya Umum 2008 untuk Terengganu, terdapat 369 pengundi bernama Fatimah Binti Ismail dan 346 orang pengundi Fatimah binti Abdullah di negeri itu.

MERAP has extended the analysis to electoral roll Q3 2011 and notice the remarkable trend of repetition is pretty widespread and begets further analysis.
MERAP telah melanjutkan analisa tersebut kepada senarai pemilih sehingga Suku 3 2011 dan mendapati terdapat pengulangan nama yang amat meluas serta memerlukan analisa yang lebih mendalam lagi.

150 most commonly repeated names for 4 states - Kedah, Kelantan, Pahang and Terengganu are being analysed for unusual trend. The number of voters with the same names are set out in the following 6 tables, totally 46,377 voters in all:
150 nama yang sering diulangi dalam 4 negeri - Kedah, Kelantan,Pahang dan Terengganu telah diamati dengan lebih mendalam lagi. Bilangan pengundi-pengundi yang memiliki nama yang sama berjumlah 46,377 seperti jadual-jadual berikut:


sila klik jadual di bawah untuk lihat gambar yang lebih besar lagi jelas:-
MERAP apologise for the compressed graphs but you can click on all the graphs for full screen view











MERAP is not stating that all the above 46,377 are dubious voters. We are merely highlighting a suspicion that where there are so many voters with the same father's name, same name and quite a number of them sharing the same date of births and voting in close proximity with one another.
MERAP tidak menyatakan bahawa kesemua 46,377 pengundi tersebut adalah pengundi ragu. MERAP hanya menunjukkan wujudnya kebarangkalian yang amat tinggi serta mencurigakan kerana terdapat ramai pengundi yang memiliki nama yang sama, nama bapa yang sama dan juga tarikh lahir yang sama serta berdaftar untuk mengundi di tempat-tempat yang berhampiran.

In a previous post, a person with the same name is found to be fradulent and the SPR removed a duplicated entry without public ever knowing if the person(s) submitted fradulent information had been dealt with in accordance with Offences of Elections Act. How many of these 43K voters are similar in nature?
Dalam rencana yang lepas, MERAP telah memaparkan satu kes penipuan di mana terdapat pengundi nama sama di mana pendaftaran berganda telah dipotong oleh SPR tetapi sama ada pihak yang menghantar maklumat palsu kepada SPR telah diambil tindakan menurut Akta Kesalahan Pilihanraya, ini tidak diketahui umum. Berapakah antara 43 ribu pengundi tersebut sebenarnya juga pendaftaran berganda




Anticipated rebuttal would be "mere coincidence" hence MERAP enclosed a comparison study of similar names in neighbouring states of Negeri Sembilan and Perak, which shows the huge discrepancy in terms of the same fathers naming their off springs with the exact same names.
 Pendedahan ini mungkin akan dilayan dengan jawapan bahawa ianya hanya sekadar kebetulan sahaja maka MERAP membuat bancian yang sama di negeri-negeri bersebelahan iaitu Negeri Sembilan dan bilangan persamaan nama pengundi serta nama bapa mereka tidak seketara atau sekerap berbanding dengan 4 negeri tersebut.

The most common names in NS and Perak numbred 55 at most.

MERAP also mapped the distribution of 46,325 out of these 46,377 voters (the remaining 52 are for Kulim - Bandar Baharu) onto the 2008 GE. We can see that these 46,325 voters are densely concentrated in 50 constituencies, where nearly all of them have a higher than national average turnout (74.7%).
MERAP juga memaparkan kerusi-kerusi parlimen manakah 46,325 pengundi tersebut telah didaftarkan (52 yang baki itu telah didaftarkan di kerusi parlimen Kulim - Bandar Baru). Kami boleh rumuskan bahawa 46,325 pengundi tersebut ditumpukan di 50 kerusi parlimen sahaja dan kesemua kerusi tersebut mempunyai kadar pengundi keluar undi yang lebih tinggi berbanding dengan kadar purata  kebangsaan (74.7%).

For example, voters turnout in Marang is 87% and Kuala Nerus is 86%. Only Alor Setar, Raub, Bentong and Cameron Highland have lower turnout than national average out of 50 constituencies. The high turn out perhaps point to greater political awareness in the rural area/better GE transportation machinery at work or just plain simple maximizing of one's investment in apparatus.
Contohnya, nisbah pengundi yang keluar mengundi di Marang adalah 87% dan Kuala Nerus adalah 87%. Hanya Alor Setar, Raub, Bentong dan Cameron Highland sahaja yang mempunyai kadar pengundi keluar mengundi yang lebih rendah daripada purata kebangsaan. Kadar pengundi keluar yang tinggi mungkin menunjukkan kesedaran politik yang lebih tinggi/kehadiran jentera pengangkutan pilihanraya yang cekap ataupun penggunaan pelaburan peralatan yang sepenuhnya.



Of the above constituencies, MERAP notice for those highlighted in yellow, the distribution of repeated names represented a significant number over the winning majority in the last GE, for example, the total number of repeated names in Marang as at Q3 2011 was 2,190; representing 79.7% of PAS's winning majority of 2,747. 
MERAP telah mewarnakan warna kuning, kerusi-kerusi parlimen di mana bilangan nama-nama yang kerap diulangi itu amat tinggi jika dibandingkan dengan  majoriti kemenangan pilihanraya lalu. Contohnya, jumlah pengundi bernama sama di Marang setakat suku 3 20122 adalah 2,190 iaitu 79.7% daripada majoriti kemenangan PAS iaitu  2,747 undi.

These repeated names could well be a significant part of the electoral roll that any candidates in constituencies of Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kertih, Sik, Padang Terap and Alor Setar should pay special attention to.
Pengundi-pengundi nama sama ini adalah amat penting dan haruslah jadi tumpuan kepada semua calon yang bertanding di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kertih, Sik, Padang Terap dan Alor Setar.

In the next chapter, MERAP would go into the details of the repeated names to shed more light on the information contained within the 43 thousand voters.
Dalam terbitan blog yang seterusnya, MERAP akan memaparkan butir-butir yang  lebih terprinci lagi dalam senarai nama 43 ribu pengundi yang memiliki nama serta nama bapa yang sama ini

0 comments:

Post a Comment