Saturday, February 2, 2013

PRE 13 GE series Chapter 4: seeing double

Introduction to the series

In Chapter 3, MERAP identified 108,033 voters whose "Bangsa" details warrant attention. One of the analysis MERAP did was to examine if there is any "suspicious double taking up" of voters following the discovery reported in Terengganu.*
Dalam bab 3, MERAP telah mengenalpasti seramai 108,033 pengundi di mana butir "Bangsa" mereka mencurigakan. MERAP telah membuat analisa yang lebih lanjut lagi kerana MERAP pernah menjumpai kes-kes yang serupa di Terengganu di mana terdapat rekod-rekod pemilih yang menunjukkan kemungkinan pendaftaran berganda.

*kindly refer to MERAP FINAL REPORT OCTOBER 2012: 1.2 Voters with the same name and same / similar Date of Birth


MERAP found 68 voters with the same names and same dates of birth as follows:
MERAP mendapati seramai 68 orang pemilih yang mempunyai nama dan tarikh lahir seperti berikut:


19 daripada mereka tidak memiliki nombor KP lama, 61 daripada mereka tidak mempunyai alamat yang lengkap dan 8 daripada mereka mengundi di kerusi parlimen yang sama.


Do note that MERAP applies very strict selection criteria. Had MERAP included people with exactly the same name but with even one small variation of date of birth, the total number of  suspicious voters could be more.
MERAP menggunakan kriteria pemilihan yang ketat. Seandainya MERAP mengambil kira pemilih yang memiliki nama yang sama tetapi tarikh lahir yang hampir sama, bilangan pengundi yang diragui itu akan menjadi lebih tinggi.



Questions arising from scrutinizing the details of these 68 voters (see below) are as follows:
Antara soalan-soalan yang timbul setelah meneliti butir-butir 68 orang pemilih tersebut adalah seperti berikut:

* How come the Abdul Sain Bin Mahir born in 1964 possess old IC number but the other Abdul Sain Bin Mahir does not? 19 people do not have old IC number when they should by virtue of their birth year, and as evidence by their contemporaries?
* Mengapakah Abdul Sain Bin Mahir yang lahirkan dalam tahun 1964 mempunyai nombor KP lama tetapi Abdul Sain Bin Mahir yang seorang lagi itu tidak mempunyai nombor KP lama? Menurut tahun lahir mereka, jumlah orang yang sepatutnya memiliki nombor IC lama adalah 19 orang tetapi mereka tidak mempunyai maklumat ini sedangkan pemilih yang sebaya dengan mereka memiliki nombor KP lama.

* 90% of these voters do not have proper addresses - if you live in a place called "\N", it is a bit hard to mail letters to you or even collect quit rent/assessment/sewerage charges from you. Worse still, do these people actually exist since there is no address details on their ICs?
* Alamat untuk 90%  daripada para pemilih tersebut tidak lengkap. Sekiranya alamat rumah anda adalah "\N", kerja-kerja biasa seperti menghantar surat, mengutip cukai pintu dan cukai tanah akan menjadi mustahil. Bahkan, kewujudan pemilih ini boleh dipersoalkan lagi kerana butir alamat mereka tidak boleh didapati daripada KP mereka.

* Is it too coincidental to have so many people with the same name and same date of birth living close to each other and voting in the same parliament constituency? (note: the name of the father, the name of the child and the date of birth are exactly the same!)
* Adakah ini kebarangkalian yang keterlaluan kerana terdapat ramai orang yang memiliki nama yang sama, nama bapa yang sama serta tarikh lahir yang sama dan mendaftarkan diri sebagai pengundi di tempat-tempat yang berhampiran.

click to see the picute at full screen
sila klik gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas lagi





In answering an accusation of possibility of a phantom voter factory, the only defense for such anomalies is "coincidence". However, the following 2 specific cases could shed light on whether it is mere coincidence or there are more than what meets the eye.
Jika timbulnya tuduhan bahawa adanya sebuah kilang pengundi hantu, jawapan yang boleh kita jangka adalah "sekadar kebetulan sahaja". Walau bagaimanapun, MERAP membentangkan 2 kes berikut yang boleh menjawab sama ada ianya sekadar kebetulan sahaja ataupun terdapat rahsia yang masih belum diketahui umum.

There are 2 Mainah Binti Takaits born on the same day, having fathers with the same name and living in Batu 25, Kampung Garinoto, Jalan Labuk. They are registered voters for Libaran. There were 2 new voter registration forms being submitted to a Mobile SPR Unit on 20th June 2010.
MERAP menjumpai 2 orang Mainah Bini Takait yang telah dilahirkan pada hari yang sama, nama bapa pun sama dan sama-sama tinggal di Batu 25, Kampung Garinoto, Jalan Labuk. Mereka adalah pengundi untuk kerusi parlimen Libaran. Terdapat 2 borang pendaftar pengundi baru yang telah dihantar kepada pihak SPR pada 20hb Jun 2010.




The 2 voters are confirmed as "sah" in the SPR website. However, when MERAP re-enquired the website later in January 2013. One of the 2 Mainahs has been removed from the SPR website.
Menurut laman web SPR, 2 orang pengundi ini telah disahkan sebagai pemilih. Walau bagainmanapun tatkala MERAP melawat laman web SPR semula di bulan Januari 2013, salah seorang Mainah itu tidak dijumpai lagi.



The legal position of this case must be understood. After the defeat in Likas Election Petition, Barisan Nasional government went against basic tenets of democracy by amending the law, adding section 9A into Elections Act, 1958 which stipulated that any court cannot question, review, quashed or set aside a certified electoral role. (This means a selected group of civil servants are not answerable to any courts while basic democratic principles calls for separation of powers between legislation, executive and judiciary).
Kita perlu memahami peruntukan undang-undang semasa meneliti kes ini. Setelah kalah dalam kes bantahan keputusan pilihanray kecil Likas di mahkamah, pihak pentadbiran Barisan Nasional telah mengingkari prinsip demokrasi dengan menambahkan seksyen 9A dalam Akta Pilihanraya 1958 yang melarang pihak mahkamah daripada mempersoalkan dan meneltit senarai pemilih yang telah disahkan oleh SPR. Ini bermaksud sekumpulan pekerja awam telah dikecualikan daripada bidang kuasa mahkamah dan ini memang bercanggah dengan prinsip asas demokrasi di mana kuasa-kuasa perundangan, eksekutif serta kehakiman adalah berasingan.

Yet, the EC can confirm a voter and mysteriously remove him or her later at is own pleasure, or at least the basis on which is unclear to the public.
Tetapi, pihak SPR boleh mengesahkan atau menyingkirkan pemilih menurut budi bicaranya sendiri; setidak-tidaknya atas sebab-sebab yang tidak ketahui umum.

Relevant question a person interested in fair play and justice is:
1) were there actually 2 identity cards being issued by JPN?
2) how did the registration forms been submitted by the assistant registrars and verified by the EC?
3) were there any fraud being committed during the submission and registration of these 2 voters?
4) how many more such cases are occuring all over Malaysia?

Daripada kes tersebut, soalan-soalan yang timbul adalah:
1) adakah JPN telah mengeluarkan 2 KP?
2) bagaimanakah borang-borang permohonan pendaftaran pemilih telah dihantar kepada SPR dan apakah langkah-langkah yang SPR telah ambil untuk memastikan kesahihan permohonan-permohonan ini?
3) adakah penipuan telah berlaku dalam pendaftaran 2 orang pemilih tersebut?
4) berapakah lagi kes-kes seumpama ini yang berlaku di seluruh Malaysia?


In addition to Mainah Binti Takaits, MERAP also find out  a couple of Filipinos; 2 Arlan Bin Ahirins
Selain daripada dua orang Mainah Binti Takait tersebut, MERAP juga menjumpai dua orang Filipina yang bernama Arlan Bin Ahiris.



Arlan 5681 has his address at Kampung Sibugal Besar, Batu 10, Jalan Labuk, WDT 409, Sandakan and is a registered voter for Libaran parliament constituency.
Alamat Arlan 5681 adalah Kampung Sibugal Besar, Batu 10, Jalan Labuk, WDT 409, Sandakan dan beliau adalah pengundi yang sah untuk kerusi parlimen Libaran.

 

Whereas Arlan 5921 has his address at Batu 10, Kg Sibugal Besar, Jalan Labuk, WDT 409, Sandakan and is a registered voter for Batu Sapi parliament constituency.
Sementara itu, alamat Arlan 5921 adalah Batu 10, Kg Sibugal Besar,  Jalan Labuk, WDT 409, Sandakan dan beliau adalah pengundi yang sah untuk kerusi parlimen Batu Sapi.


From the EC electoral roll, is it logical to conclude that in a house in Sandakan, there are 2 Filipinos who have the same name, with their fathers also having the same name, celebrate their birthday together but since one sleeps in the master bedroom, he gets to vote for  Libaran constituency while the other sleeping in the smaller room gets to vote for Batu Sapi constituency?
Daripada butir-butir dalam senarai pemilih SPR, adakah munasabah untuk kita rumuskan bahawa terdapat 2 orang Filipna yang mempunyai nama yang sama, bapa mereka pun mempunyai nama yang sama, harijadi mereka pun sama serta menduduki rumah yang sama dan oleh kerana seorang tidur di kamar besar maka beliau adalah pengundi untuk kerusi parlimen Libaran manakala seorang lagi yang tidur di bilik kecil adalah pengundi untuk kerusi parliment Batu Sapi?



 Finally, the JPN has to explain this....from the list of voters with old IC number, the sequential number is all wrong. An IC issued in earlier years have a higher number than another IC issued in later years. JPN, care to explain?
Akhirnya, JPN perlu menjelaskan perkara pelik ini...daripada senarai pengundi yang mempunyao nombor KP lama, susunan nombor pun tidak masuk akal.  IC lama yang dikeluarkan pada tahun-tahun yang lebih awal diberi nombor siri yang lebih tinggi daripada nombor-nombor KP yang memang dikeluarkan dalam tahun-tahun seterusnya. Boleh tak JPN menjelaskan perkara ini kepada awam?

e.g. IC for person born in 1959 starts with 4 while IC for  person born in 1960 starts with 3
contohnya: nombor KP untuk orang lahir dalam tahun 1959 bermula dengan 4 tetapi nombor KP untuk orang yang lahir dalam tahun 1960 pula bermula dengan 3


0 comments:

Post a Comment